4/24/2021 0 Comments Contoh Proposal Kajian
Penggabungan Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo pada tahun 1963 telah menyerikan lagi kepelbagaian tersebut kerana bukan sahaja meliputi Kaum Melayu, Cina dan India, malahan turut meliputi etnik-etnik bumiputera Sabah dan Sarawak.Kepelbagaian inilah yang menjadi tunjang kepada pembangunan negara yang semakin pesat terutama dalam aspek Pelancongan yang dipacu oleh kepelbagaian etnik di Malaysia.Pola hubungan etnik di Malaysia sejak tahun 1946 hingga kini pada amnya berada dalam keadaan yang aman dan damai dengan kewujudan hubungan etnik yang yang harmoni dan saling memahami.
Etnik Rungus yang majoritinya tinggal di daerah Kudat, daerah Kota Marudu dan daerah Pitas merupakan salah satu etnik Kadazan Dusun yang tersenarai dalam Perlembagaan Persatuan Kebudayaan Kadazn Dusun. ![]() Namun, etnik Rungus lebih gemar menganggap diri mereka sebagai rumpun Momogun bagi membezakan etnik kumpulan mereka daripada kumpulan etnik lain di Sabah. Dalam rumpun Momogun terdapat etnik-etnik seperti Rungus, Lingkabau, Nulu, Gonsomon, Sindapak, Garo, Marigang dan banyak lagi. Tambahan pula, ianya merupakan satu etnik yang begitu jarang diuar-uarkan. Oleh itu, kumpulan kami telah memilih tajuk ini sebagai tajuk utama kajian kami, Memahami Etnik Rungus: Tinjauan ke atas adat perkahwinan, kebudayaan dan kesenian. Oleh itu, kajian kepustakaan ini merangkumi rujukan buku-buku ilmiah di perpustakaan, jurnal, artikel dan sebagainya. Ianya merupakan satu kaedah yang dipercayai dalam by DNSUnlocker href80913728 mendapatkan sumber atau data yang tepat dan sahih. Temubual ini dijalankan bagi menambah mana-mana maklumat yang kurang dan juga boleh dijadikan sebagai maklumat tambahan yang meliputi aspek-aspek yang hendak dikaji dalam kajian ini. Kaedah ini juga boleh dijadikan sebagai tunjang kepada sumber dalam kajian ini kerana maklumat bukan sahaja diperoleh daripada rujukan kepustakaan tetapi juga turut melibatkan temubual bersama responden yang terdiri daripada golongan etnik tersebut. Sebarang pergelutan, salah sangka sesama mereka masih mampu untuk diatasi dengan menggunakan dan mempraktikkan nilai-nilai kemanusiaan seperti toleransi. Namun, isu ini tidak boleh dipandang remeh kerana ianya mungkin boleh menjadi lebih parah jikalau pada satu tahap nanti persefahaman sesama kaum dan etnik tidak dapat dicapai. Kebudayaan dan kesenian yang wujud dalam etnik ini juga menjadi simbol keunikan yang mempamerkan pelbagai aspek. Walaupun semakin mencapai kemodenan dan pembangunan yang memacu ke arah generasi Y, namun etnik-etnik yang kurang mendapat perhatian atau kurang diuar-uarkan masih mengamalkan beberapa adat sehingga kini. Itulah yang menghubungkan sesuatu etnik itu dengan etnik yang lain. ![]() Walaupun tidak memahami secara keseluruhan tetapi adalah memadai sekiranya kita menghormati adat dan kebudayaan yang mereka amalkan kerana itulah yang akan menjadi kunci kepada keharmonian dalam hubungan etnik di Malaysia. Contoh Proposal Kajian How To Control CookiesTo find out more, including how to control cookies, see here.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |